Cari Blog Ini

Lirik Lagu Ariff Peter - Apa Nak Jadi

♪ Lirik Lagu Ariff Peter - Apa Nak Jadi ♪


Apa nak jadi?
Tak kahwin lagi
Bukan memilih tiada siapa yang sudi

Cinta pandang pertama Namanya Fatimah
Hatiku dipanah jiran di sebelah
Makanku tak kenyang, mandi pun tak basah
Tak sempat nak kenal dia pula pindah

Bertemu pula dengan Nabilah
Simpan perasaan sejak di sekolah
Nak berterus-terang tapiku malulah
Lama sangat tunggu dia dah bernikah

Suka pula dengan Azizah
Anak orang kaya dah biasa mewah
Hidupnya belanja tak pernah murah
Kalau macamni aku yang matilah

Jatuh hati pula dengan Siti
Aku yang beria dia yang tak sudi
Mak dah pesan dah berkali-kali
Tak paya awak berangankan diri

Apa nak jadi?
Tak kahwin lagi
Bukan memilih tiada siapa yang sudi
Apa nak jadi
Puas mencari
Tak mahu bujang sampa ke mati

Demi nak berjaya pindah kotaraya
Dengan satu azam nak bapak kau percaya
Kau tiada harta nak bina rumahtangga
Kau boleh bagi anak pakcik makan apa

Berakit ke hulu, berenang ketepian
Bukan tak mahu ku masih menyimpan
Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit
Tapi kau lari ikut jantan yang berduit

Siakap senohong gelama ikan duri
Kau banyak berbohong nak selamatkan diri
Dah pecah tembelang mula menunding jari
Nak berlagak suci, mulut banyak sembang kari

Siapa makan cili, dia rasa pedas
Siapa yang terasa cakap aku cakap lepas
Ini kisah aku kenapa nak perasan
Mungkin kau jenis yang perasaan

Hancur dan hampa
Jiwa dan raga
Masih tak jumpa kekasih hati
Harta dan rupa
Eh sementara
Amal dan budi dibawa mati

Apa nak jadi?
Tak kahwin lagi
Bukan memilih tiada siapa yang sudi
Apa nak jadi?
Puas mencari
Tak mahu bujang sampa ke mati
Apa nak jadi?
Tak kahwin lagi,
Bukan memilih tiada siapa yang sudi
Apa nak jadi?
Puas mencari
Tak mahu bujang sampa ke mati

Copyright © PersadaLirik. All rights reserved. Template by CB