♪ Lirik Lagu Harry Khalifah - Cikgu Rokiah ♪
Tiba-tiba jantung kanda berdebar-debar
Ditahan peronda putih di jalan bandar
Kereta ku laju bagaikan halilintar
Kerna tak sabar mahu nonton wayang gambar
Melihatmu jiwa kanda berbunga mawar
Oh wajahmu bak cahaya bulan bersinar
Pipi dah merah jangan marah-marah jangan sayang
Di baju mu Rockiah nama sebenar
Cik Rockiah tolonglah
Kanda mengaku salah
Akan ku bayar semua percayalah
Cik Rockiah sabarlah
Kanda mengaku salah
Akan ku turunkan tanda tangan ku sayang
Cik Rockiah satu pintaku
Izinkan daku berkenalan dengan kamu
Cik Rockiah tolonglah
Kanda mengaku salah
Akanku bayar semua percayalah
Cik Rockiah sabarlah
Kanda mengaku salah
Akan ku turunkan tanda tangan ku sayang
Cik Rockiah satu pintaku
Bolehkah aku menjadi buah hatimu
Hati-hati memandu jangan laju-laju
Masuk kereta bacalah doa dahulu
Cik Rockiah ku ingat semua pesananmu
Jangan main henfon kalau sedang memandu
Jangan main henfon kalau sedang memandu
Cari Blog Ini
Lirik Lagu Harry Khalifah - Cikgu Rokiah
Tags:
Lirik Lagu Malaysia